Ramai yang nak sangat tahu bagaimana cara menjadi stokis, agent, dropship yang berjaya. Dah cuba jadi dropship atau agen bermacam produk tapi sale masih macam ‘hidup segan mati tak mahu’. Dalam kegawatan ekonomi sekarang ditambah pula musim pandemik covid-19, bukan sahaja surirumah & student nak buat pendapatan sampingan melalui bisnes onlines, malah yang bekerja juga tidak ketinggalan mencari peluang perniagaan online sebagai pendapatan sampingan dan cara nak cari duit lebih.
Antara idea bisnes yang kurang risiko adalah dengan menjadi wakil jualan, stokis, agent atau dropship produk contohnya produk kecantikan dan kesihatan kerana produk-produk seperti ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dan senang nak jual. Perempuan mana yang tidak sukakan kecantikan dan siapa jer yang taknak kekal sihat dikala usia sedang meningkat.
Bagi yang belum pasti apa itu stokis, agen dan dropship. Secara ringkasnya:-
Stokis merupakan level paling atas dalam sistem agent atau dipanggil leader yang selalunye menjadi wakil bagi setiap negeri. Stokis bertanggungjawab memegang stok dalam kuantiti yang banyak & mereka mengeluarkan modal yang lebih besar nilainya berbanding agent. Ada modal bermula dari ribuan ringgit hingga ratusan ribu ringgit, bergantung pada brand apa yang dijual. Oleh sebab itu, margin keuntungan stokis adalah paling tinggi berbanding agent & dropship.
Stokis boleh membuat team agent & dropship mereka sendiri. Stokis juga boleh menjual retail kepada pelanggan (tertakluk pada polisi syarikat masing-masing).
Agen merupakan level di bawah stokis yang hanya memerlukan modal yang rendah berbanding stokis yang mana tidak sampai pun ribuan ringgit. Selalunya modal agen hanyalah ratusan ringgit sahaja. Agen ada yang asalnya adalah customers/ pelanggan yang berpuas hati dengan produk, kemudian bertukar menjadi agen. Jika agen pandai menguruskan kewangan, stok, dan paling utama sale/jualan mereka, mereka boleh melipat gandakan keuntungan yang dapat meningkatkan pendapatan mereka dan seterusnya boleh upgrade ke level stokis untuk pendapatan yang lebih lumayan.
Untuk mengembangkan bisnes, agen boleh mengambil dropship di bawah mereka dan mereka perlu bijak merangka strategi pemasaran tersendiri bagi memperbanyakkan lagi dropshipper mereka.
Dropship merupakan level di bawah agen yang boleh memulakan penjualan tanpa sebarang modal. Ada juga brand yang meletakkan syarat yuran pendaftaran kurang dari seratus sebagai pendaftaran dropshipper tanpa sebarang stok. Ini dinamakan yuran komitmen. Menjadi dropship produk adalah salah satu idea bisnes bijak bagi mereka yang tidak sukakan risiko. Dropshipper boleh bekerja dari rumah dengan hanya mempromosikan produk di media sosial mereka (cth: fb, insta) atau blog atau youtube ataupun melalui apa-apa marketing tools. Apabila ada pelanggan membuat pembelian dari dropshipper, agent/stokis akan membuat pengeposan & dropshipper akan mula mendapat untung melalui komisen yang dibayar.
2 tips dari true study untuk jadi stokis agen yang berjaya:-
#1 Sentiasa up to date dengan setiap perkembangan baru dari HQ.
Gunakan setiap bahan promosi yang disediakan sambil berusaha juga untuk update marketing tools sendiri. Product knowledge dari HQ - Kuasai ilmu tentang produk dari segi cara penggunaan, kelebihan dan kesan penggunaan.
#2. Istiqamah dan cepat bangkit apabila kecundang.
Tidak semua perniagaan akan meraih kejayaan pada kali pertama percubaan. Kita mungkin menghadapi situasi di mana kita mendapat tindak balas yang agak lemau atau sambutan yang kurang baik. Berikan perniagaan anda masa untuk dikenali dan dipercayai pelanggan. Namun, jika idea perniagaan pertama anda gagal bak ‘hancur dipukul badai’, berazam untuk bangkit semula. Yang penting, tanamkan sifat istiqamah dalam mengejar impian dan mempunyai jiwa yang kental untuk terus berjaya.
Cadangan business stokis/agen yang terbukti untung dengan sale tak menang tangan