Video Panduan ini dihasilkan oleh Lynnhassan, seorang baker berpengalaman yang sudah berkecimpung dalam bidang cake baking dan decoration. Beliau juga adalah penulis buku keluaran Karangkraf yang bertajuk Kek Cawan dan Baking.

Lynnhassan juga aktif mengadakan kelas-kelas cake baking dan decoration dengan menggunakan Lynnhassan Baking Studio - lynnbakestudio.com. Lynnhassan telah bereksperimen dengan resipi-resipi kek dan pastri dan kebanyakan kelas dianjurkan adalah berpandukan resipi yang telah dimodifikasi dari resipi asal untuk memberikan rasa yang lebih sedap dan menepati citarasa umum.