Mungkin ramai yang masih tidak tahu akan konsep affiliate. Ramai di luar sana lebih-lebih lagi di luar negara terutamanya di negara Barat menjadi jutawan internet melalui konsep AFFILIATE. Seronok sebenarnya bila dah betul-betul faham dan mahir dengan dunia affiliate. Ianya jauh lebih mudah daripada menjual produk-produk OEM yang tumbuh macam cendawan sekarang ni.
Salam dan hai. Boleh panggil saya Ridzuan Richie. Pengalaman saya di dalam dunia 'Make Money Online' @ Online Marketing lebih daripada 10 tahun sejak tahun 2007/2008 lagi. Mungkin saya tak dikenali ramai kerana cara saya buat duit online sejak dulu lagi TIDAK MEMERLUKAN POPULARITI. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai saya di www.Richie.my YA INI MEMANG SERIUS! Jana pendapatan melalui affiliate ini sangat sesuai untuk mereka yang berniaga online secara part-time mahupun full-time. Ianya jauh lebih mudah daripada anda menjual produk kesihatan fizikal di Malaysia ini sebagai ejen ataupun dropship. Affiliate boleh dianggap sama seperti Dropshipper tetapi tanpa yuran dan jauh lebih sistematik pengurusannya. Setiap jualan @ conversion boleh di'track' atau dikesan melalui sistem affiliate di dalam website.
Ini antara 4 langkah mudah konsep affiliate secara ringkas : 1. Daftar di platform affiliate 2. Promosi link anda 3. Semak jualan di dalam sistem 4. Tuai hasil komisyen anda
Ya untuk sertai program affiliate kebanyakannya memang PERCUMA dan anda tidak perlu sediakan modal untuk membeli produk. Jadi anda tidak perlu risau jika tidak berjaya jual produk tersebut. Kini anda TIDAK PERLU BERSUSAH-PAYAH untuk luang masa packing produk-produk anda. Melayan customer, menguruskan order, menulis nama serta alamat pelanggan dan tidak perlu lagi luang banyak masa untuk ke pejabat POS. Nak uruskan semua ini pun terpaksa menanggung kos yang banyak. Jangan lupa dengan duit petrol ya. Hehehe! Jadi di dalam bisnes affiliate, anda tidak perlu tanggung komitmen masa dan kos tersebut.
Jumlah komisyen yang ditawarkan kepada para AFFILIATERS sangat lumayan dan mungkin ramai yang akan terkejut. Dahlah daftar percuma, komisyen tinggi pulak tu. Tak perlu jadi stokis atau taukey produk pun boleh dapat keuntungan lumayan kaw2. Siapa yang tak nak kan? Semua orang nak! Jangan takut dengan persaingan sengit pasaran tempatan. Kita dah maju dah! Kita jadi macam Mok Cun! Dia pun pergi pasaran International kan, jadi apa salahnya kita follow dia ke pasaran satu dunia. Haha! Pasaran sangat luas dan potensi sangat tinggi untuk anda mendapat jualan. USD40 sama macam RM40 je bagi diorang dekat sana kan. Nanti saya akan tunjukkan bagaimana nak kenal pasti produk-produk yang mendapat permintaan tinggi dan senang nak jual. Menarik tak? Haaaa! Kalau dekat Malaysia rasanya diorang akan cakap gila kalau dapat offer macam ni. Tetapi sebenarnya ini adalah NORMAL pada pasaran luar negara. Kita saja yang masih syok sendiri dekat Malaysia ni.
Produk untuk sakit sendi, Cycta @ Sustafast, target negara Belarus. Harga order sampel termasuk 'delivery' 5 RUB (Tak sampai RM0.50 pun), tapi komisyen 750 RUB dalam USD11 @ RM50. Ada banyak lagi produk sampel sebenarnya. Komisyen untuk produk sampel ni antara USD10 hingga USD15. Banyak juga kan komisyen untuk bagi orang secara PERCUMA. Mereka sekadar perlu tanggung sedikit kos untuk komitmen saja. Rugi kalau anda tak cuba! Saya nasihatkan anda untuk mencuba dan bermula menggiatkan diri dalam industri affiliate peringkat 'international' kerana minda anda akan terbuka dengan luas. Anda akan berasakan anda masih mempunyai harapan tinggi untuk jana pendapatan lumayan dan konsisten menerusi industri affiliate. Pasaran tempatan dan luar negara sangat berbeza kerana pasaran luar negara jauh lebih maju berbanding Malaysia. Walaupun ianya mudah, tetapi anda harus lakukannya dengan betul.
Pendapatan ini jauh beza dengan pendapatan Mentor saya yang melebihi USD100,000 sebulan dengan konsisten! Selama ini saya takut-takut untuk kongsikan dengan lebih mendalam mengenai cara jana pendapatan melalui affiliate kepada orang ramai. Saya takut ramai yang akan ambil kesempatan dan eksploitasi akan ilmu ini. Tapi setelah bertanya pendapat rakan-rakan lain, mungkin rezeki saya akan lebih bertambah jika saya kongsikan pada orang ramai.
Anda akan menerima akses website panduan tutorial dalam bentuk video, langkah demi langkah cara untuk jana pendapatan melalui AFFILIATE dengan konsisten. Rakaman video tutorial ni memang mudah faham dan senang untuk anda belajar berulang kali dan lihat langkah demi langkah dengan jelas sekali. Bagi mereka yang newbie pun gerenti boleh buat dengan cepat. Selain itu turut juga disertakan di dalam website nanti ruang pertanyaan bagi mereka yang ada sebarang kemusykilan dan mungkin juga ada yang inginkan bantuan yang lebih mendalam lagi. Sistem Support akan sedia menjawab soalan-soalan bernas anda.
Ada pelbagai platform affiliate yang ada dalam industri affiliate sekarang ni. Tapi tak semuanya boleh bagi servis yang baik. Jadi bagi mereka yang baru nak bermula, untuk kurangkan risiko, saya akan cadangkan beberapa platform yang telah saya berjaya menghasilkan keuntungan untuk saya. Nak daftar pun ada beberapa aspek penting yang perlu disediakan dahulu sebelum daftar. Sebab nanti ada website yang perlu interview dahulu sebelum berjaya buka akaun. Jangan risau, saya akan 'guide' anda.
Ada beribu pilihan offer @ produk dalam setiap platform affiliate. Jadi ada beberapa kriteria penting yang perlu dikenalpasti sebelum memilih offer. Di dunia affiliate sebenarnya, ramai lebih selesa dengan menggunakan istilah OFFER. Ini anda tidak perlu takut kerana nak 'setup' website ni senang sangat. 10 minit saja dah cukup dah. Kalau yang dah PRO tu laju habis, tak sampai 5 minit dah boleh siap rasanya. Di dalam Affiliate Troopers saya akan berkongsikan DUA METHOD online marketing yang sesuai untuk mereka yang tiada bajet modal pengiklanan yang banyak. Kedua-duanya sangat efektif untuk jangka masa yang pendek dan panjang. Bagi muda-mudi yang nak mencuba pun boleh dengan bajet RM100 sebulan pun ok. TAPI LEBIH BANYAK LEBIH BAIK.
|