Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Saya Abdul Qahhar Bin Dzolfakar selaku Naib Pengerusi Masjid Pantai Tok Jembal ingin memohon jasa baik saudara dan saudari seagama (Islam) untuk sama-sama memberikan sumbangan derma sebagai suntikan dana untuk baik pulih dan menambah baik infrastuktur Masjid Pantai Tok Jembal dan lain-lain.


Untuk pengetahuan tuan/puan, Masjid Pantai Tok Jembal telah dibina sejak tahun 1950-an lagi. Masjid ini dibina oleh penduduk lama Kg. Tok Jembal dengan menggunakan papan dan kayu pada masa itu. Dahulu masjid ini dihadiri oleh ramai jemaah untuk solat berjemaah dan mendengar kuliah-kuliah agama.

Tetapi malangnya, setelah Masjid Baru Kg. Tok Jembal dibina, status Masjid Pantai Tok Jembal sebagai masjid jamek (boleh menunaikan solat Jumaat) telah ditarik balik oleh pihak Jabatan Agama Negeri Terengganu dan diturunkan taraf sebagai masjid tidak jamek.

Hal ini telah memberikan tamparan yang hebat buat jemaah dan AJK Masjid Pantai Tok Jembal kerana dengan keputusan tersebut, masjid telah kehilangan sumber dana untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk menguruskan dan menghidupkan masjid tersebut. Sehingga sekarang (2019), kebanyakan dana dikumpulkan melalui sumbangan AJK yang bergiat aktif demi meneruskan legasi dakwah Masjid Pantai Tok Jembal.

AJK Masjid telah mencuba beberapa kali untuk membuat permohonan kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Terengganu untuk mengembalikan semula taraf Masjid Jamek kepada Masjid Pantai Tok jembal. Namun usaha kami hampa kerana tidak mendapat sokongan daripada pihak-pihak yang tertentu.

Alhamdulillah, permohonan baru telah dibuat pada tahun lepas (2018) dan sedang didalam proses pertimbangan dan siasatan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Terengganu. 

Itu lah serba sedikit pengenalan tentang masjid tersebut.


Langkah (1) - Pilih Kuantiti & Lokasi Penghantaran

KUTIPAN DERMA UNTUK PENAMBAHBAIKAN MASJID PANTAI TOK JEMBAL

Diskaun : RM 0.00
Jumlah : RM 0.00
Postage : RM 0.00
Jumlah Penuh : RM 0.00
Langkah (2) - Pilih Cara Pembayaran

Tutorial Pembayaran menggunakan Billplz (FPX online banking/boost)

Langkah (3) - Maklumat Penghantaran