Program Dropship Shopee Galeri Hidayah merupakan program dropship yang menggunakan platform Shopee untuk memasarkan produk yang disediakan oleh Galeri Hidayah.
Ciri-ciri program ini ialah:
1. Galeri Hidayah sediakan 100 produk pada peringkat permulaan untuk di jual di akaun Shopee kepunyaan ejen dropship.
2. Jumlah produk akan ditambah dan diubah dari masa ke semasa mengikut trend permintaan dan faktor lain contohnya pengeluar produk hentikan pengeluaran, produk baru muncul di pasaran dan sebagainya. Sebarang perubahan adalah atas budi bicara pihak Galeri Hidayah.
3. Bahan marketing produk disediakan oleh pihak Galeri Hidayah. Ejen akan menggunakan bahan yang disediakan untuk dimasukkan ke senarai produk jualan di kedai Shopee masing-masing.
4. Galeri Hidayah akan sediakan group Telegram untuk ejen bertanya & berbincang serta untuk mengumumkan sebarang kempen, promosi, perubahan dan makluman terkini antara ejen dropship dan Galeri Hidayah.
5. Sistem yang digunakan sama macam sistem dropship lain, iaitu selepas ejen terima order dari pelanggan, ejen dikehendaki membuat pesanan dan bayaran kepada Galeri Hidayah pada harga dropship dan pihak kami akan poskan order terus kepada pelanggan.
6. Ejen akan terima bayaran dari Shopee selepas pelanggan terima order mereka.
Apa yang ejen dapat melalui program ini:
1. Tak perlu keluar modal besar dan tak perlukan tempat untuk simpan stok barang.
2. Tak ada risiko barang expired sebelum sempat jual.
3. Tak ada kos pembungkusan dan penghantaran kerana pos melalui akaun Shopee.
4. Menjual melalui Shopee lebih mudah kerana tidak perlu closing prospek menggunakan WhatsApp.
5. Ejen yang konsisten dan menepati KPI akan ditawarkan menjadi stokis di bawah Galeri Hidayah.*
*tertakluk pada syarat-syarat tertentu.
Buy Now