5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu!

5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu!

 

 

 

Maklumat ini sangat PENTING untuk difahami sebelum anda memulakan sebarang projek ternakan kambing kerana ia mampu menguntungkan anda!

 

Ada yang menyangka perkara penting untuk berjaya dalam penternakan kambing ialah mempunyai tanah yang luas serta mempunyai kandang kambing yang selesa..

 

Mereka sanggup berhabis modal untuk membeli atau menyewa tanah dan membina kandang yang dimahukan..

 

Ia satu tindakan yang agak kurang berbaloi kerana menghabiskan modal untuk ladang ternakan sahaja akan menyebabkan projek ternakan anda tidak berjaya!

 

Ini kerana ada yang lagi penting dari itu..

 

Kalau ianya tiada, maknanya tiada maknalah projek ternakan kambing anda..  

 

Ia adalah KAMBING!  

 

Ya, kalau tiada kambing yang hendak diternak kerana kekurangan modal, anda cuma akan menternak lalang di tanah ladang tersebut.. Haha :P

 

Untuk menjadi seorang penternak kambing yang berjaya, kita perlu tahu memilih baka kambing yang sesuai untuk diternak - sesuai dengan projek penternakan kambing yang telah dirancangkan..

 

Dengan memilih baka kambing yang benar-benar terbaik untuk projek kita, sudah tentu kita mampu menjana keuntungan pada masa depan!

 

 

jenis jenis baka kambing

 

 

Berikut antara 5 jenis baka kambing yang sangat berbaloi untuk projek ternakan kambing anda..

 

 

#1 - Katjang (Jenis Pedaging)

 

- Punyai tahap kesuburan yang tinggi (satu kelahiran hasilkan hingga 4 ekor anak)

- Sangat mudah dijaga & mampu sesuaikan diri dengan persekitaran.

- Kualiti daging yang sangat tinggi

 

 

 

#2 - Jamnapari (Jenis Penusu)

 

- Ia juga dikenali sebagai kambing Ettawa

- Sesuai diternak untuk dapatkan susu dan daging

- Punyai tahap kesuburan tinggi (satu kelahiran boleh lahirkan hingga 3 ekor)

 

 

 

 

#3 - Boer (Jenis Pedaging)

 

- Antara kambing pedaging terbaik di dunia

- Daging kambing baka ini sangat enak dan mempunyai permintaan yang tinggi

- Berat kambing boleh capai hingga 45 kg walaupun pada usia 5-6 bulan

 

 

 

 

#4 - Anglo Nubian (Jenis Pedaging & Penusu)

 

- Jenis kambing yang paling sesuai untuk hasilkan susu dan daging

- Mampu hasilkan susu sehingga 2 liter sehari

- Punyai tahap kesuburan yang tinggi dan tahan lasak

 

 

 

 

#5 - Saneen (Jenis Penusu)

 

- Boleh menghasilkan kuantiti susu yang banyak

- Mampu hasilkan 3-4 liter setiap hari katika tempoh penyusuan

- Kebanyakannya melahirkan anak kembar dua.

 

 

Pemilihan baka yang sesuai bergantung kepada tujuan projek ternakan anda, jenis keturunan & baka kambing serta penilaian berdasarkan kepada kaedah rekod dan fizikal kambing berkenaan.

 

Jika anda menternak hanya kerana suka-suka, lebih eloklah anda mendapatkan baka kambing tempatan sahaja.

 

Tapi jika anda memang nak jadikan projek penternakan kambing ini satu kerjaya maka anda PERLULAH bijak memilih baka mengikut modal anda.

 

 

Nak belajar lebih lanjut tentang penternakan kambing dari zero?

 

Klik banner di bawah untuk mengetahui lebih lanjut cara sebenar penternakan kambing..

 

rahsia ternak kambing

 

 

 

Artikel Berkaitan : 

Macam Mana Nak Mulakan Penternakan Kambing Ya?

Berapa Modal Untuk Ternak Kambing?

5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu!

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Ternak Kambing!

5 Perkara PENTING Yang Anda Perlukan Sebelum Memulakan Projek Ternakan Kambing

5 Cara Penternak Kambing Menjana Keuntungan Lumayan HANYA Dengan Projek Ternakan Kambing