APA ITU SISTEM IMUN?

APA ITU SISTEM IMUN?

 

Sistem imun merupakan sistem pertahanan atau kekebalan tubuh. Sistem imun berperanan dalam mengenalpasti, menghancurkan benda asing atau sel rosak (abnormal) yang mungkin merosakkan tubuh. Sistem imun tidak dikawal oleh organ pusat seperti otak. 

 

Sel-sel imun berperanan sebagai pasukan pertahanan untuk memerangi benda asing yang memasuki tubuh yang berpotensi menimbulkan gangguan pada sistem tubuh. Lihat video dibawah untuk penjelasan cara sistem imun kita berfungsi.

 

Kenapa manusia mendapat penyakit?

 

Penyakit berpunca dari lemahnya/tidak stabilnya/kerosakan sistem imun tubuh. Sistem imun ibarat tentera sesebuah negara, apabila tentera negara lemah, maka mudahlah musuh menyerang. Begitu juga tubuh kita. Sistem pertahanan lemah, virus mudah-mudah sahaja masuk dan menyerang.

 

 

 

 

 

Kunci kesihatan optimum adalah imun sistem yang seimbang. Tidak terlalu kuat tidak terlalu lemah. Ia harus berada di zon tengah sentiasa demi menjaga kesihatan anda. 
 

 

 

 

Jadi pada pandangan anda, pentingkah menjaga sistem imun? Fikir-fikirkan



 

Artikel-Artikel Lain (Klik link di bawah)