Berapa Modal Nak Start Bisnes Air Balang?

Berapa Modal Nak Start Bisnes Air Balang?

 

 

 

Sebelum ini, saya ada post satu artikel kisah tentang seorang brader yang peroleh untung lebih RM7,000 dengan hanya  berniaga air jus buah-buahan di bazar  ramadhan.

 

Selepas itu, saya banyak terima pertanyaan tentang berapakah modal yang diperlukan jika mahu menjalankan perniagaan tersebut?

 

Baiklah, untuk tidak menghampakan, disini saya kongsikan anggaran kos secara kasar untuk memulakan bisnes air balang!

 

 

 

ANGGARAN KOS PERMULAAN!

----------------------------------------------

 

Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..

 

1 unit kanopi 10 x10RM150
1 set meja pasar malamRM100 (maksima)
3-4 balang airRM120-130 (per balang)
2 kerusiRM 10-RM20
1 alas mejaRM30-RM40
1 senduk air gulaRM10 (maksima)
1 unit bekas duit Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
1 unit bekas air gulaRM5-10
1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12RM4 – 8 (Per pack )
Tali pengikat air/Getah pengikat(RM5)
4 senduk/penceduk air balang (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
1 dozen StrawRM 5-6
Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli) 

 

Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000

 

 

 

.

 

kos bisnes air balang

 

 

 

BERAPA PULA MODAL HARIAN?

----------------------------------------------

 

Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang.

 

Ianya bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual!  

 

Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.

 

 

 

 

POTENSI JUALAN & UNTUNG?

----------------------------------------------

 

Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.

 

Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air.

 

Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.

 

Jadi, jualan sehari..

RM3 x 27 bungkus x 5 balang = RM405

 

Tolak modal harian... RM405 - RM100 = RM305

 

Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar

(lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)...

 

RM305 X 25hari = RM7,625

 

UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!

 

 

BAGAIMANA?

 

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes air balang ini,  boleh klik link di bawah!

 

 

bisnes air balang

 

 

 

Artikel Berkaitan :

Apa Projek Ramadhan Kali Ini? - Bisnes Air Balang

Berapa Modal Nak Start Bisnes Air Balang?

Ini Rahsia Brader Jual Air Untung RM7k Sebulan!