=================================
PROGRAM KEMAHIRAN SPORTS MASSAGE SECARA ONLINE
BAGAIMANA ANDA DAPAT BELAJAR SPORTS MASSAGE SECARA ONLINE DAN DAPATKAN SIJIL PENYERTAAN YANG DIIKTIRAF KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN?
Kemudian jana pendapatan lumayan sebagai Sports Masseur atau Juru Urut Sukan.
Sama ada Full Time ataupun Part Time.
Secara Mobile ataupun di Premis Perniagaan Sendiri ataupun di acara-acara sukan.
APA YANG MENARIK TENTANG
KEMAHIRAN SPORTS MASSAGE NI?
Sports Massage di Malaysia merupakan teknik yang masih baru dan tidak banyak ditawarkan oleh Terapis atau Juru Urut di luar sana.
Bilangan Sports Masseur atau Juru Urut Sukan di Malaysia juga sangat sedikit, tidak mampu untuk menampung permintaan pelanggan yang semakin meningkat.
Terutama kepada pelanggan yang aktif bersukan.
Perkara ini terjadi kepada kami ketika mula membangunkan ARMELS SPORTS RECOVERY CENTER, sebuah pusat terapi sukan di Ampang.
Bermula sahaja hari pertama pusat terapi kami dibuka, pelanggan tidak putus-putus mengunjungi pusat terapi sukan kami sehingga mencapai 5,000 pelanggan dalam tempoh 8 bulan.
INILAH POTENSI YANG SANGAT BESAR DI DALAM BIDANG SPORTS MASSAGE.
Kadar harga untuk setiap satu sesi Sports Massage juga berbeza dengan teknik urutan lain.
Setiap satu sesi Sports Massage boleh mencapai RM180 ke RM250. (Yuran untuk program ini pun jauh lebih murah tau?)
Bayangkan pendapatan sebulan yang anda boleh perolehi sekiranya anda hanya berjaya dapatkan satu pelanggan sahaja setiap hari?
RM5,XXX sebulan bukan?
Jika jumlah pendapatan ini boleh buat anda tersenyum, teruskan membaca. :)
PROGRAM PEMBELAJARAN KEMAHIRAN SPORTS MASSAGE SECARA ONLINE
Kami perkenalkan kepada anda sebuah program pembelajaran yang dapat membantu anda mempelajari kemahiran Sports Massage dengan lebih mudah, berkesan dan murah.
Program secara online ini merupakan salah satu kaedah untuk anda mempelajari Sports Massage tanpa perlu menghadiri Kelas Amali Sports Massage.
Tiada prasyarat dikenakan untuk anda menyertai program ini.
Ianya terbuka kepada semua tidak kira sama ada anda mempunyai asas kepada kemahiran urutan atau tidak.
KENAPA BELAJAR SECARA ONLINE?
Sebelum ini, kami sudah menganjurkan lebih daripada 20 siri Kursus Amali Sports Massage.
Jumlah peserta penuh untuk setiap siri yang dianjurkan.
Namun, tidak semua orang dapat menghadiri Kursus Amali yang kami anjurkan disebabkan faktor jarak terutama mereka yang berada di luar Lembah Klang.
Selain itu, kos yuran Kelas Amali Sports Massage yang agak tinggi untuk ditanggung oleh peserta.
Ditambah pula dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita yang menghalang kita berkumpul dalam bilangan yang besar.
KELEBIHAN PROGRAM ONLINE SPORTS MASSAGE?
Jadi, kami bangunkan Program Pembelajaran Online Kemahiran Sports Massage ini yang lebih banyak kelebihan berbanding Kursus Amali Sports Massage.
☑️ Yuran penyertaan yang sangat murah berbanding Kursus Amali Sports Massage (RM1,xxx)
☑️ Tak perlu hadir kelas berhari-hari dan mengambil cuti kerja.
☑️ Masa pembelajaran fleksibel yang ditentukan oleh peserta program sendiri.
☑️ Tidak perlu keluarkan belanja kos-kos lain untuk menghadiri Kursus Amali seperti kos penginapan, kos makan dan kos pengangkutan.
☑️ Paling best program pembelajaran online ni peserta program boleh menonton video tutorial yang disediakan berulangkali sehingga anda faham. #LearnAtHome
HANYA PERLUKAN LIPUTAN INTERNET, AKAUN FACEBOOK DAN SMARTPHONE/KOMPUTER
APAKAH MODULE YANG AKAN DIPELAJARI OLEH PESERTA PROGRAM?
Lebih 40+ video tutorial disediakan merangkumi Module Basic sehingga Advance.
BASIC OF SPORTS MASSAGE
✅ Asas Anatomi Manusia
✅ Kelebihan Sports Massage
✅ Teknik Urutan Sports Massage
✅ Kontraindikasi Sports Massage
✅ Penyediaan Sports Massage
✅ Body Mechanic In Sports Massage
✅ Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF)
Bukan itu sahaja, BONUS untuk peserta, kami sediakan juga aplikasi teknik rawatan Advance kepada peserta seperti:
✅ Myosfascial Release Technique
✅ Trigger Points Therapy
✅ Remedial Massage
✅ Kaedah mengesan (assessment) kecederaan fizikal pelanggan
P/S: VIDEO-VIDEO TUTORIAL AKAN SENTIASA DITAMBAH DARI SEMASA KE SEMASA.
JOM TENGOK SEDUTAN BEBERAPA VIDEO TUTORIAL DI DALAM PROGRAM PEMBELAJARAN KEMAHIRAN SPORTS MASSSAGE SECARA ONLINE
VIDEO CONTOH 1: TEKNIK EFFLEURAGE DAN KNEADING
VIDEO CONTOH 2: URUTAN BAHAGIAN CALF DAN BETIS
VIDEO CONTOH 3: URUTAN BACK PAIN (BELAKANG)
SIAPA YANG SESUAI UNTUK SERTAI PROGRAM NI?
Sehingga kini lebih 400 500 800 orang peserta telah mengikuti Program Pembelajaran Kemahiran Sports Massage Secara Online ini.
Mereka ini terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Ada wartawan, ada doktor, ada graduan baru universiti, ada pemandu Grab dan pelbagai lagi.
SEKIRANYA ANDA TERDIRI DARIPADA KATEGORI DI BAWAH, INI ADALAH PROGRAM YANG SESUAI DENGAN ANDA DAN PERLU ANDA SERTAI.
➕ Juruterapi sedia ada yang menawarkan rawatan Terapi Bekam, Urutan, Kiropraktik, Akupuntur atau Spa Kecantikan.
➕ Physiotherapists yang berminat dengan rawatan terapi secara manual tanpa mesin.
➕ Personal Trainer (PT) yang ingin memberi nilai tambah pada pelanggan mereka.
➕ Graduan lepasan kolej/universiti yang ingin bekerja tanpa terikat dengan masa (dan juga boss!)
➕ Mereka yang ingin mencari sumber pendapatan atau memulakan perniagaan baru dengan menawarkan servis Sports Massage.
SAYA TIADA ASAS KEPADA KEMAHIRAN URUTAN, BOLEHKAH SAYA SERTAI PROGRAM INI?
Jangan risau, kami sediakan setiap video tutorial dengan teliti supaya mudah anda fahami dan dipraktikkan.
Step by step secara jelas ditunjukkan dalam kelas online.
Anda boleh bertanya sebarang soalan jika tidak jelas atau faham, kami akan membantu anda.
YANG PENTING ADALAH MINAT DAN SEMANGAT UNTUK BELAJAR DARIPADA ANDA!
KITA TENGOK APA KATA PESERTA PROGRAM PEMBELAJARAN ONLINE INI:
SIAPA TENAGA PENGAJAR UNTUK PROGRAM INI?
Kesemua tenaga pengajar untuk program ini mempunyai kelayakan professional dan berpengalaman untuk membimbing tentang kemahiran dan aplikasi Sports Massage.
FREDYLEXZ MARUYAL
Senior Sports Therapist
Degree in Sports Rehabilitation
NIK AZFAR ALI
Certified Sports Therapist
Advance Certification of Sports Therapy
ANITH MAHIRAH
Senior Sports Therapist
Bachelor of Physiotherapy (Hons.)
Mereka juga adalah pengendali pusat terapi sukan ARMELS SPORTS RECOVERY CENTER.
PROGRAM KERJASAMA ARMELS DAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Program Pembelajaran Online Sports Massage merupakan salah satu kerjasama berterusan menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Armels Sports Recovery Center dan IKBN Kuala Langat, sebuah IPT di bawah Kementerian Belia Dan Sukan.
Setiap module yang dibangunkan di dalam program ini mengikut silibus pengajian Sijil Kemahiran Terapi Sukan di IKBN Kuala Langat.
LIPUTAN MEDIA TENTANG ARMELS
DAPAT SIJIL TAK?
Bagi mengawal DAN menjaga kualiti setiap peserta yang mengikuti program ini, peserta program perlu melalui dan LULUS penilaian kemahiran dengan pihak kami dan Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan.
Sijil penyertaan diiktiraf oleh Kementerian Belia Dan Sukan.
P/S: Permohonan dan pembayaran untuk PENILAIAN KEMAHIRAN BAGI PERSIJILAN boleh dibuat terus semasa mendaftar Program Pembelajaran Kemahiran Sports Massage Secara Online ini atau selepas tamat pembelajaran.
SAYA BERMINAT!
BERAPA YURAN PENYERTAAN PROGRAM NI?
Sempena promosi pasca PKP, yuran penyertaan hanyalah RM150 RM120 SAHAJA untuk akses seumur hidup.
Jom sertai hari ini dan jadi sebahagian daripada komuniti Sports Masseur di Malaysia.