SUPPLIMENT UNTUK KESIHATAN IMUN -APA ITU TRANSFER FACTOR?

SUPPLIMENT UNTUK KESIHATAN IMUN -APA ITU TRANSFER FACTOR?

Apakah itu Transfer Factor ?

Transfer Factor ialah protein kecil yang terdapat dalam sistem imun semua mamalia/manusia. Mereka memindahkan maklumat sistem imun dari satu sel imun ke sel imun yang lain. Maklumat ini secara kekal mengubah cara sel imun yang baru  berfungsi.

 

Bagi memudahkan pemahaman anda, Ibarat sebuah komputer yang baru dipasang perkakasan demi perkakasan sehingga selesai, bila kita on, tidak keluar apa apa. Yang keluar hanya skrin hitam. Apabila kita memasukkan CD windows/usb drive, diformat dan di install operating system, baru komputer tersebut berfungsi untuk kegunaan kita.

Begitulah juga system imun. Bayi yang baru lahir, maklumat imun masih rendah. Jadi melalui susu awal ibu, semua maklumat imun, pengalaman imun ibu melawan penyakit dipindahkan (di Transfer) kepada si bayi

Transfer Factor membantu sistem imun mendidik meransang dan menenang sistem imun kita.

 

Di manakah kita boleh mendapatkan Transfer Factor ?

Secara semulajadi, Allah telah menciptakan segala sesuatu beserta dengan cara kehidupannya tersendiri. Sebagai contoh haiwan menyusu, cara maklumat imun disampaikan dari induk kepada anaknya adalah melalui susu awal atau lebih dikenali sebagai kolustrum.Bagi haiwan lain seperti burung, ayam , maklumat imun disampaikan melalui kuning telur.  

Begitu juga manusia, maklumat imun ibu ditransfer kepada anak melalui susu awal ibu. Sebab itulah bayi yang baru dilahirkan amat digalakkan untuk mendapatkan susu awal ibu. Bukan sekadar untuk mengisi perut bayi tersebut, ia juga sebagai cara sel imun bayi tadi mendapat info untuk melawan penyakit mendatang.

Sistem imun tubuh yang pada awalnya kuat (semasa bayi) membenteng tubuh dari penyakit makin lama makin lemah disebabkan oleh banyak perkara antaranya penggunaan handphone/televishen/pc, pencemaran alam sekitar, stress, radiasi, banyak makan makanan segera dan lain-lain.

Disamping itu, virus/bakteria juga telah makin pintar dan berevolusi, menyebabkan sistem imun tidak mengenali sel sel abnormal ini. Contoh paling dekat, covid19 mempunyai pelbagai variant dan bentuk.

Mungkin anda pernah mendengar, bayi yang sihat masa kecil tiba tiba bila ia meningkat dewasa, mendapat penyakit kulit teruk seperti psirosis secara tiba? Dan macam macam penyakit.

Kenapa ini berlaku? Semua berlaku sebab imun kita semakin lemah dan lemah @ Tidak stabil. Nampaknya kita perlu topup balik info untuk imun kita berada di tahap optimal. Agar tetap sihat.

Jadi, dimanakah anda ingin mendapatkan Transfer Factor di waktu ini? Perlukah anda mencari susu awal ibu di usia ini? Fikir-fikirkan

 

Dari manakah datangnya 4Life Transfer Factor® ?

Pada akhir 1980-an, sekumpulan penyelidik menemui Transfer Factor dalam kolostrum lembu dan kuning telur ayam. Dan apabila diuji dengan peralatan sains berteknologi tinggi, mereka mendapati transfer factor yang dihasilkan melalui susu kolustrum lembu dan kuning telur ayam ini mempunyai khasiat setanding dengan susu awal ibu.  Oleh itu, mereka mematenkan “Proses pengekstrakan Transfer Factor” tersebut.

 

Selepas menjalankan penyelidikan lebih mendalam dan terperinci, Pengasas 4Life Research iaitu David dan Bianca Lisonbee memulakan 4Life® pada tahun 1998 untuk berkongsi produk 4Life Transfer Factor dengan dunia.

Inilah dia solusi terbaik untuk diri kita  yang tak mungkin mendapatkan susu awal ibu dikala ini. Inilah dia produk sains yang dicari-cari seluruh umat manusia.

Dan kerana kajian dan penemuan inilah 4life Research, satu satunya syarikat di dunia mendapat jolokan THE IMMUNE SYSTEM COMPANY oleh third party dan bukan gelaran dibuat untuk syok-syok sendiri. 

Untuk makluman produk Utama 4Life Research lebih memfokuskan kepada  suppliment untuk kesihatan imun tubuh.

Dengan produknya telah dipatenkan, tiada syarikat lain di dunia mahupun syarikat farmasiutikal terkenal mahupun negara kuasa besar dunia boleh mengeluarkan produk Transfer Factor.    

 

Artikel-Artikel Lain (Klik link di bawah)